PRAKATA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Syukur dan salawat ke hadrat Allah S. W.T. dan segala pujian hanya kepada-Nya yang telah mengizinkan terlaksananya blog ini. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada famili tercinta, Students tersayang dan rakan sejawat terhormat kerana sentuhan emosi kalian cukup menjanakan. Juga teman teristimewa dari London, United Kingdom yang turut menapakkan idea.
Dan inilah maksud didikan Tuhan ketika menjadikan manusia wujud secara bersama-sama (“co-existence”) di dunia ini. Bukankah ini bererti seolah-olah Tuhan telah berpesan, "BELAJARLAH SESAMA INSAN NESCAYA KITA AKAN TERASA KESAN DIDIKAN-NYA.
Sesungguhnya, pertemuan itu ialah rahmat yang kita tiada jangkakan. carilah kebaikan, milikilah kebaikan dan warisilah kebaikan. Kebaikan itu bukan hanya ada pada yang harum dan indah, tetapi juga ada pada yang busuk dan hodoh. Tidak memadai hanya kita yang menjadi baik tetapi berilah kebaikan. Jika kita menghulur kebaikan, kebaikan itu akan kembali semula kepada kita. Walaupun mungkin kebaikan kita tidak akan mengubah orang lain yang tetap bersikap negatif terhadap kita, namun kebaikan itu sebenarnya telah pun menggembirakan dan menenangkan diri kita sendiri.
Marcapada, semua tingkah laku manusia sudah berubah. Informasi di seluruh dunia begitu pantas . Dalam dunia pendidikan, IT sangat berpengaruh. Para murid dan pelajar memanfaatkan internet. Mereka mengeksplorasi seluas-luasnya tanpa batasan. Begitu juga dengan guru, Satu perlumbaan. Murid yang rajin dan berkemampuan mendahului masa. Guru pula kadang-kadang terpaksa “full trottle” . Kalau tidak, murid melebihi kemampuan guru.
Semoga Blog ini dapat bermanfaat khususnya bagi diri saya sendiri dan murid-murid serta pelajar-pelajar dan masyarakat yang berkeinginan belajar untuk berdaya maju . Saya memohon maaf sekiranya ada artikel yang tersiar dalam blog ini tanpa pengetahuan penulis asal.
Syabas dan Selamat Maju Jaya
Hajmi Hj. Sahran
Guru SMK Bandar Sarikei


