Friday, September 10, 2010

SALAM LEBARAN



Assalamualaikum warahmatullah hiwabarkatuh dan salam sejahtera


Ya, Syawal menjelang lagi. Saya Mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua students, rakan-rakan kejuruteraan sosial, Guru-guru seluruh Malaysia, Bloggers, dan semua pembaca. Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon pengampunan jika menyinggung perasaan semua. Bukan bermakna saya tidak akan melakukannya sekali lagi, tetapi kita sebagai manusia sentiasa terdedah kepada kecenderungan untuk melakukan perkara yang berulang walau dalam situasi apapun.

Saya benar-benar mengharapkan, ketika kita bangun pada pagi hari, kita perlu berterima kasih dan bersyukur kerana mengalami kedamaian, kesihatan yang baik dan kemakmuran yang tidak semua orang mengalaminya. Semoga Allah mengampuni dosa kita dan menjaga kita jauh daripada keserakahan dan segala ibadat kita hanya untuk kemajuan antara satu sama lain. Saya juga berdoa agar diri kita akan bebas daripada hutang, kemiskinan, kesulitan, kejahatan dan dikurniakan pemimpin yang mulia.

Monday, August 16, 2010

PUASA DAN TERAWIH



1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kauthar

Sunday, July 4, 2010

PIALA DUNIA


Detik Permulaan

Ilham melahirkan kejohanan bola sepak pertama dunia tercetus pada 1904 di Paris ketika kongres pertama Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

Pada 1928, hasil usaha FIFA dan presiden persekutuan Perancis (FFFA), Jules Rimet dan setiausaha agungnya, Henri Delaunay, kongres di Amsterdam bersetuju untuk melaksanakan gagasan itu.

Setahun kemudian, FIFA mencadangkan kejohanan dunia itu dinamakan Piala Dunia pada setiap empat tahun bermula 1930 yang berselang dengan Sukan Olimpik.


Piala Dunia 1930 di Uruguay (13 hingga 30 Julai)

Pasukan yang bertanding pada 1930:Argentina, Belgium, Bolivia, Brazil, Chile, Perancis, Mexico, Paraguay, Peru, Romania, Amerika Syarikat, Uruguay, Yugoslavia.

Disebabkan masalah pengangkutan, hanya 13 negara mengambil bahagian. Hanya empat negara dari Eropah iaitu Perancis, Belgium, Romania dan Yugoslavia bersetuju mengambil bahagian dan mereka belayar bersama-sama dalam satu kapal milik Itali, Conte Verde di Villerfranche-sur-Mer, Perancis menyeberang Lautan Atlantik.

Mereka berlatih dalam kapal itu ketika belayar selama dua minggu sebelum menyertai Yugoslavia bersama sembilan lagi pasukan dari Amerika Selatan di Montevideo.

Kesemua 13 pasukan itu dibahagikan kepada empat kumpulan dengan pemenang kumpulan mara ke separuh akhir.

Cuti umum diisytiharkan di Uruguay tetapi di Buenos Aires, para penyokong Argentina yang kecewa menyerang kedutaan Uruguay.


Statistik Piala Dunia 1930

Juara: Uruguay

Naib juara: Argentina

Ketiga: Amerika Syarikat

Keempat: Yugoslavia

Penjaring terbanyak: Guillermo Stabile (Argentina) 8 gol

PIALA DUNIA 2010 Siapakah Juara?.... Sama-sama kita nilai dan tentukan kejuaraan pasukan yang bertanding

Sumber: Utusan Malaysia 1998

Wednesday, June 2, 2010

MISI GAZA

MISI KEMANUSIAAN GAZA

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarkatuh dan salam sejahtera

Beberapa hari ini dunia digemparkan dengan tindakan tentera Israel yang bertindak kejam dan tidak berperi kemanusiaan. Serangan tersebut yang dilancarkan oleh tentera Israel terhadap Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza di mana wakil-wakil dari seluruh dunia bersatu untuk membantu rakyat Palestin yang menghadapi sekatan yang dikenakan oleh Israel. Serangan itu berlaku di perairan antarabangsa iaitu lebih 65km dari pantai Gaza dan menyebabkan 19 sukarelawan meninggal dunia yang mana tentera Israel tiada hak untuk berbuat demikian.

Ternyata tindakan ganas tentera negara haram Israel ini sememangnya tidak boleh diterima walau apa jua alasan yang diberikan memandangkan bantuan yang dihantar hanyalah sekadar bantuan kemanusiaan dan bukanlah situasi perang melainkan sekelompok aktivis kemanusiaan yang membawa bantuan perubatan, pendidikan dan pembinaan bagi rakyat Gaza yang menderita akibat sekatan yang dikenakan.

Masyarakat antarabangsa mendesak agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Pertubuhan Negara-negara Persidangan Islam (OIC) segera bertindak atas keganasan terbaru rejim Israel ini. Mereka juga harus menyatakan pendirian mereka di dalam hal ini. Sememangnya PBB dan OIC tidak boleh diam atau sekadar mengutuk serangan terbaru zionis ini tetapi mestilah mengambil langkah yang tegas dalam mengajar yahudi laknatullah ini.

Seluruh dunia seharusnya berdoa semoga anggota misi kemanusiaan ini selamat dan berjaya mencapai misi mereka.


Sunday, May 30, 2010

SELAMAT HARI GAWAI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat menyambut Hari Gawai buat semua teman-teman di Sarawak, Malaysia.

Sambutan ini disambut adalah bertujuan untuk menzahirkan teras adat dan tradisi yang bersimpul dengan perasaan rendah hati serta bersedia memulakan kembali usaha tanpa mengira penat lelah. Kiranya bagi kita rakyat Malaysia, nilai murni itu haruslah dikongsi bersama walaupun berbeza kaum dan kepercayaan.

"SELAMAT HARI GAWAI, GAYU GURU GERAI NYAMAI"

Hajmi Hj. Sahran
Guru SMK Bandar Sarikei

CUTI SEKOLAH KEMBALI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Cuti sekolah kembali lagi. Oleh hal demikian, saya ingin menjalankan kajian tentang aktiviti-aktiviti yang ingin dijalankan oleh anda ketika musim cuti sekolah. Kerjasama anda saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Untuk mendapatkan borang, sila tekan butang ini. Butang ini juga boleh didapati pada sudut sebelah kanan blog ini.



Hajmi Hj. Sahran
Guru SMK Bandar Sarikei

Friday, May 28, 2010

SKMM edar sejuta komputer riba percuma kepada rakyat miskin

KUALA KLAWANG: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengedarkan sejuta komputer riba 1Malaysia secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah untuk mereka mendapat akses internet jalur lebar.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan K
ebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata program khas SKMM itu akan memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah memanfaatkan internet bagi memajukan diri dan keluarga.

"Golongan yang layak menerima kompu
ter riba itu nanti ialah yang pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 dan mempunyai anak masih belajar sama ada di sekolah mahu pun universiti dengan pengesahan oleh pemimpin masyarakat.

"Pelajar sekolah menengah dan universiti juga boleh memohon mendapatkan komputer riba itu sendiri jika datang dari keluarga yang layak dengan proses permohonan itu disokong oleh institusi masing-masing," katanya selepas merasmikan pakej 'Jalur Lebar Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan Komputer 1Malaysia' di Dewan Majlis Daerah Jelebu di sini, hari ini.


Sumber: Berita Harian Online (28 Mei 2010)

Di Sebalik Tabir..



Percubaan pertama kalinya (27/5/2010)


Membuat 'header' ke dalam blog (menggunakan Adobe Photoshop CS4)


'Coding' diperbaiki lagi. Sentuhan terakhir. (menggunakan Adobe Dreamweaver Cs4)

Laman blog 'e-belajar' ini berjaya disiapkan dan berjaya mendapat sambutan. Terima kasih.

Thursday, May 27, 2010

Selamat Datang ke Blogspot


Buat pertama kalinya, blog 'e-belajar' siap dibina pada 28 Mei 2010. Blog ini dibina bagi memudahkan para pelajar, guru mahupun masyarakat untuk berkongsi ideologi mereka supaya kita dapat membentuk generasi yang mantap dan sentiasa maju ke hadapan. Selain itu, blog ini juga bertujuan untuk memberi pendekatan khususnya para pelajar untuk belajar secara 'online' dan mudah untuk mereka mengakses maklumat terbaru di mana saja mereka berada. Akhir kata, sambutlah ucapan "SELAMAT DATANG" daripada saya.

Hajmi Hj. Sahran
Guru SMK Bandar Sarikei