Sunday, July 4, 2010

PIALA DUNIA


Detik Permulaan

Ilham melahirkan kejohanan bola sepak pertama dunia tercetus pada 1904 di Paris ketika kongres pertama Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

Pada 1928, hasil usaha FIFA dan presiden persekutuan Perancis (FFFA), Jules Rimet dan setiausaha agungnya, Henri Delaunay, kongres di Amsterdam bersetuju untuk melaksanakan gagasan itu.

Setahun kemudian, FIFA mencadangkan kejohanan dunia itu dinamakan Piala Dunia pada setiap empat tahun bermula 1930 yang berselang dengan Sukan Olimpik.


Piala Dunia 1930 di Uruguay (13 hingga 30 Julai)

Pasukan yang bertanding pada 1930:Argentina, Belgium, Bolivia, Brazil, Chile, Perancis, Mexico, Paraguay, Peru, Romania, Amerika Syarikat, Uruguay, Yugoslavia.

Disebabkan masalah pengangkutan, hanya 13 negara mengambil bahagian. Hanya empat negara dari Eropah iaitu Perancis, Belgium, Romania dan Yugoslavia bersetuju mengambil bahagian dan mereka belayar bersama-sama dalam satu kapal milik Itali, Conte Verde di Villerfranche-sur-Mer, Perancis menyeberang Lautan Atlantik.

Mereka berlatih dalam kapal itu ketika belayar selama dua minggu sebelum menyertai Yugoslavia bersama sembilan lagi pasukan dari Amerika Selatan di Montevideo.

Kesemua 13 pasukan itu dibahagikan kepada empat kumpulan dengan pemenang kumpulan mara ke separuh akhir.

Cuti umum diisytiharkan di Uruguay tetapi di Buenos Aires, para penyokong Argentina yang kecewa menyerang kedutaan Uruguay.


Statistik Piala Dunia 1930

Juara: Uruguay

Naib juara: Argentina

Ketiga: Amerika Syarikat

Keempat: Yugoslavia

Penjaring terbanyak: Guillermo Stabile (Argentina) 8 gol

PIALA DUNIA 2010 Siapakah Juara?.... Sama-sama kita nilai dan tentukan kejuaraan pasukan yang bertanding

Sumber: Utusan Malaysia 1998

0 comments:

Post a Comment